MUFLIS @ BANKRAP -apa yang anda kena buat...?..


Anda perlu call jabatan insolvensi...dan tanya
berapa amaun yg anda diisytiharkan muflis tu
selalu orang muflis tak boleh
1. ke luar negara..passport di tahan (Passport anatarbangsa akan dipegang oleh insolvensi)
2. tak boleh buat loan
3. harta atas nama dia akan diambil untuk tujuan penilaian asset
4. Hanya satu akaun bank dibenarkan dibuka untuk kemasukan gaji tetapi dikawal oleh Jabatan insolvensi

KESAN MUFLIS
Dia kena isi borang iaitu Statement of Affairs then kena isytihar harta yg dia ada, propose how to settle the amount due.

hilang hak utk buat loan, jd pengarah sykt, x blh keluar negara kecuali dpt kebanaran dr Insolvensi, x blh fight case kat mahkamah .

BAGAIMANA PENGIRAAN ? berdasarkan true story

"Begini......... saya hutang RM93,000.00 dengan bank dan telah diisytihar bankrup kerana tak mampu bayar, maka kes itu perlu diselesaikan melalui Jabatan Insolvensi. Saya dah minta kurang dan bank bagi kurang sehingga RM65,000.00 dan jumlah inilah yang diterima pakai oleh Jabatan Insolvensi."

Beliau menambah lagi, "Sekarang ini aset-aset saya yang telah dipegang oleh insolvensi ialah sebanyak RM11,632.00, oleh itu RM65,000.00 tolak RM11,632.00 aset tunai saya menjadikan jumlah pokok yang saya kena bayar ialah RM53368.00."

"Persoalan saya, mengapa saya diminta membayar sebanyak RM62,939.00?, dari manakah datangnya lebih bayaran sebanyak RM9,571.00 iaitu bunga riba sekitar 18 persen telah diminta oleh Jabatan Insolvensi."

Ringkasnya begini,
KOS-KOS PENYELESAIAN

1. Kos Pentadbiran sebanyak RM900.00 hingga ke RM1,500.00

2. Cukai kepada kerajaan bila duit beliau masuk ke Insolvensi akan dikenakan 7 persen. Duit dari mana-mana bank yang masuk ke insolvensi akan dicukai 7 persen, duit dari jualan harta tanah akan dicukai 7 persen, duit hibah bank walau 9.10 akan dikenakan cukai 7 persen juga. Katanya walau 10 sen sekali pun duit yang masuk ke insolvensi akan dikenakan cukai 7 persen. Jadi disini cukai ialah sekitar RM4,550.00 yang mesti ditambah dari hutang pokok.

3. Cukai kepada kerajaan bila duit hendak dibayar kepada bank tempat beliau berhutang akan dikenakan pula 5 persen. Jadi disini cukai yang dikenakan ialah RM3,900.00

4. Lain-lain kos.

Campur semua lebih kurang jadilah jumlahnya RM9,571.00 yang terpaksa ditambah oleh beliau dari jumlah hutang pokok yang ada di Jabatan Insolvensi,namun atas alasan akta Bankruptcy 1967 yang lapuk itu terpaksa lagi cari RM9,571 yang mudah dikira sebagai RM10,000 lagi, selain menjelaskan hutang pokok.

LANGKAH DEMI LANGKAH


LANGKAH PERTAMA- Dapatkan jumlah dibangkrapkan dan JUMPA AKPK (Agensi Kaunseling pengurusan Kredit-mohon jalan untuk kita bergerak sahaja)

LANGKAH KEDUA - Congakkan jumlah nilai aset kita

LANGKAH KETIGA - Buatkan pelan penyelesaian (Pelan A B C D)

LANKAH KEEMPAT - Fikirkan dimanakah sumber terdekat ?

LANGKAH KELIMA - buat proposal pengurangan peratusan cukai di insolvensi

LANGKAH KEENAM - Confirm jumlah yang mampu dibayar dan ia diterima oleh bank

LANGKAH KETUJUH - Kalau ada WANG LEBIH ...buat bayaran lebih

Comments

Popular Posts