BANKRAP @ MUFLIS


1. Bagaimanakah seseorang individu itu dihukum bankrap?

Jawapan:

Seseorang individu boleh dihukum bankrap apabila gagal menyelesaikan hutangnya RM30,000.00 dan ke atas.


2. Apakah larangan-larangan terhadap si bankrap?

Jawapan:

Si bankrap tidak boleh-

(a) dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen atau dinamakan atau dilantik sebagai Ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan – Seksyen 36 & 37;

(b) meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi. Walau bagaimanapun, sebarang tindakan Mahkamah selain kecederaan peribadi boleh diteruskan dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi – Seksyen 38(1)(a);

(c) keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah – Seksyen 38(1)(c);

(d) menjadi Pengarah Syarikat atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(d);

(e) terlibat dalam syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh pasangannya atau saudara-maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(e)


3. Bolehkah si bankrap membuka akaun bank?

(a) Bagi Akaun Simpanan


Jawapan:

Si bankrap dibenarkan untuk membuka akaun simpanan bagi tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Permohonan untuk membuka akaun simpanan boleh dibuat di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan.

(b) Bagi Akaun Semasa



Jawapan:

Si bankrap tidak dibenarkan untuk membuka akaun semasa bagi apa-apa jua tujuan.

4. Bagaimanakah si bankrap boleh membuat permohonan keluar negara?

Jawapan:

Si bankrap hendaklah mengemukakan permohonan kepada cawangan di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan. Borang permohonan ke luar negara boleh dimuat turun dari laman portal ini – Menu Perkhidmatan – Muat Turun Borang



5. Bolehkah fail kebankrapan dipindahkan daripada satu cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang lain?


Jawapan:

Sibankrap boleh membuat permohonan pemindahan fail ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia lain dengan mengemukakan permohonan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana fail ditadbirkan sekiranya dibuktikan alamat terkini si bankrap berada di dalam bidang kuasa mahkamah yang berhampiran dengan cawangan yang dipohon untuk dipindahkan.

6. Bolehkah si bankrap memindah milik hartanya?

Jawapan:

i) Si bankrap tidak dibenarkan memindah milik hartanya dalam tempoh kebankrapannya. Segala pindah milik yang dibuat oleh sibankrap dalam tempoh dua (2) tahun hingga lima (5) tahun sebelum Perintah Kebankrapannya boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.

ii) Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual/memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

7. Bolehkah si bankrap membuat pembayaran terus kepada pemiutang-pemiutang untuk tujuan penyelesaian hutangnya?


Jawapan:

Si bankrap tidak dibenarkan membuat sebarang pembayaran terus kepada pemiutang. Segala pembayaran hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Insolvensi.

8. Bolehkah si bankrap mengerjakan haji dan umrah?


Jawapan:

Si bankrap dibenarkan mengerjakan haji dan umrah dengan mengemukakan sebagaimana permohonan untuk ke luar negara. Walau bagaimanapun, kebenaran hanyalah diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh kebankrapannya.

Comments

Popular Posts